bagi seorang yang kurang gemar menonton drama Melayu era kini, memang pelik la tiba2 orang seronok sembang pasai sup bunjut..
x semua drama melayu x suka tp mostly x suka.
why?
1. too many cintan cintun yg x memberi apa-apa faedah
2. sometimes ada scene yg x bagus dan memberi impak negatif dlm kehidupan secara halus
3. tidak menambah kefahaman(tiada manfaat )
tp disebabkan SUP BUNJUT, tertengoklah drama Nur ni...
komen?
1. cara yang bagus dalam membetulkan serba sedikit persepsi masyarakat.
2. mostly menangis bukan sebab jalan cerita dia sedih, tp sebab bait ayat yang dilontarkan tertusuk di jiwa.
3. jalan cerita biasa ok2, tapi mesej yang disampaikan sangat daebak.
aku juga pernah berasa diri ini hina dan jijik bila orang memandang serong tentang aku dan penyakit-penyakitku.
bayangkan walaupun aku sedar aku sakit bukan kerana aku salah, bukan aku yang berada di lorong-lorong hitam, dengan kata-kata orang yang kononnya tinggi ilmu di dada, terus mengheret aku rebah ke tanah.
kerana kata-kata itu, aku hampir-hampir memalingkan diriku daripada Nya.
kerana kata-kata itu, buat aku hampir kufur akan nikmatnya.
kerana kata-kata itu, aku hampir-hampir menyalahkan Dia.
ada saat aku meronta dihadapanNya sambil berteriak,
"kenapa aku? apa dosa aku? kenapa tidak diberi sakit ini kepada orang2 yang betul-betul mengingkari ayat-ayatMu? kenapa aku?
meronta dan berteriak seakan orang histeria mencari jawapan, sedangkan telah tertulis jawapan di dalam kitabNya. sungguh, aku yang futur di saat Kau beriku ujian.
kuatkanlah imanku menghadapi ujianMu.
terima kasih kerana Kau hadirkan mereka yang berhati mulia di sisiku sebagai petunjuk jalan menuju kepadaMu.
Dan syaitan berkata ketika perkara hisab telah diselesaikan,"Sesunnguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yg benar,dan aku pon telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya.Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu,melainkan sekadar aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku,oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku,tetapi cercalah dirimu sendiri.Aku tidak dapat menolongmu dan kamu juga tidak dapat menolongku.Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku sejak dahulu."Sungguh orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih.
2018年6月8日金曜日
dah kenapa sup bunjut penuh wall ni?
luahan hati fatimah detik 5:48:00 0 comments
2018年6月7日木曜日
CML + Sakit Kronik yang lain
tak pernah ku bayang hidup ini berubah 360 darjah dengan hanya satu sample full blood count.
2015, disahkan positif mempunyai dua jenis sakit kronik( CML + ****)
alhamdulillah diri ini masih cukup bertuah,
dapat ubat percuma untuk rawatan sakit CML pada tahun 2016.
alhamdulillah sekali lagi aku bertuah, dapat ubat percuma untuk rawatan sakit **** tahun ini, 2018.
tanpa perubatan percuma, agak mustahil untuk aku sekeluarga survive sendiri.
it will cost a lot.
Rm50k per month for CML plus Rm20k per month for ****.
mana nak cari Rm70k sebulan...
moga Allah redha dan sembuhkan aku dari penyakit2 dunia ini.
moga dengan kehadiran mereka, terhapuslah dosaku yang menggunung tinggi.
so people out there, bangkit! jangan mengalah.
keadaan diri kita bukanlah yang paling teruk.
banyak lagi yang teruk daripada kita tapi still tidak putus asa.
put all your faith onto Him.
do pray a lot.
chaiyok!!
luahan hati fatimah detik 4:27:00 0 comments