THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

حبل من الله حبل من الناس




Dan syaitan berkata ketika perkara hisab telah diselesaikan,"Sesunnguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yg benar,dan aku pon telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya.Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu,melainkan sekadar aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku,oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku,tetapi cercalah dirimu sendiri.Aku tidak dapat menolongmu dan kamu juga tidak dapat menolongku.Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku sejak dahulu."Sungguh orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih.

2018年6月8日金曜日

dah kenapa sup bunjut penuh wall ni?

bagi seorang yang kurang gemar menonton drama Melayu era kini, memang pelik la tiba2 orang seronok sembang pasai sup bunjut..

x semua drama melayu x suka tp mostly x suka.
why?

1. too many cintan cintun yg x memberi apa-apa faedah
2. sometimes ada scene yg x bagus dan memberi impak negatif dlm kehidupan secara halus
3. tidak menambah kefahaman(tiada manfaat )

tp disebabkan SUP BUNJUT, tertengoklah drama Nur ni...
komen?

1. cara yang bagus dalam membetulkan serba sedikit persepsi masyarakat.
2. mostly menangis bukan sebab jalan cerita dia sedih, tp sebab bait ayat yang dilontarkan tertusuk di jiwa.
3. jalan cerita biasa ok2, tapi mesej yang disampaikan sangat daebak.

aku juga pernah berasa diri ini hina dan jijik bila orang memandang serong tentang aku dan penyakit-penyakitku.

bayangkan walaupun aku sedar aku sakit bukan kerana aku salah, bukan aku yang berada di lorong-lorong hitam, dengan kata-kata orang yang kononnya tinggi ilmu di dada, terus mengheret aku rebah ke tanah.

kerana kata-kata itu, aku hampir-hampir memalingkan diriku daripada Nya.
kerana kata-kata itu, buat aku hampir kufur akan nikmatnya.
kerana kata-kata itu, aku hampir-hampir menyalahkan Dia.

ada saat aku meronta dihadapanNya sambil berteriak,
"kenapa aku? apa dosa aku? kenapa tidak diberi sakit ini kepada orang2 yang betul-betul mengingkari ayat-ayatMu? kenapa aku?

meronta dan berteriak seakan orang histeria mencari jawapan, sedangkan telah tertulis jawapan di dalam kitabNya. sungguh, aku yang futur di saat Kau beriku ujian.

kuatkanlah imanku menghadapi ujianMu.
terima kasih kerana Kau hadirkan mereka yang berhati mulia di sisiku sebagai petunjuk jalan menuju kepadaMu.

2018年6月7日木曜日

CML + Sakit Kronik yang lain



tak pernah ku bayang hidup ini berubah 360 darjah dengan hanya satu sample full blood count.

2015, disahkan positif mempunyai dua jenis sakit kronik( CML + ****)

alhamdulillah diri ini masih cukup bertuah,
dapat ubat percuma untuk rawatan sakit CML pada tahun 2016.

alhamdulillah sekali lagi aku bertuah, dapat ubat percuma untuk rawatan sakit **** tahun ini, 2018.

tanpa perubatan percuma, agak mustahil untuk aku sekeluarga survive sendiri.
it will cost a lot.
Rm50k per month for CML plus Rm20k per month for ****.
mana nak cari Rm70k sebulan...

moga Allah redha dan sembuhkan aku dari penyakit2 dunia ini.
moga dengan kehadiran mereka,  terhapuslah dosaku yang menggunung tinggi.

so people out there, bangkit! jangan mengalah.
keadaan diri kita bukanlah yang paling teruk.
banyak lagi yang teruk daripada kita tapi still tidak putus asa.

put all your faith onto Him.
do pray a lot.
chaiyok!!

2018年5月7日月曜日

CML #2

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini.

2018 masuk tahun ke-3 perjuangan menentang CML.

April lepas ketika bertemu doktor pakar, dikhabarkan bahawa result tidak comel.

Maka, naiklah dos ubat.

Minggu pertama dengan dos baru, alhamdulillah dapat beraktiviti seperti hari-hari kebiasaannya.

Sempat juga turun padang berkempen utk PRU14.

Minggu kedua, setiap sendi teruji, setiap langkah mula perlahan. Ada shaja yang tidak kena.

Dengan muntahnya, sengal-sengal, migrain, gastrik, dan pelbagai jenis ragam lagi.

Sampaikan diri mula pertikai untuk apa hidup begini. Tidak mampu berbuat apa-apa.

Bangun keesokan hari siangnya sambil menahan sakit akibat kesan ubat yang ditelan ketika malam hari. Kemudian malam menjelma, telan lagi ubat yang sama dan terus berulang dalam loop yang sama.

Oh kerdilnya diri, hanya tahu mengeluh atas sebahagian kecil nikmat yang telah hilang.

Tidak ku sedari nikmatnya yang melimpah ruah.

Wahai diri, berhentilah mengeluh!
Wahai diri, syukurilah!
Syukurilah dengan apa yang kau masih ada.
Jangan diratapi yang telah tiada.

Wahai diri, bersabarlah!
Bersyukurlah!

2016年2月29日月曜日

CML?

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Saat aku enak diulit nikmat bahagia atas perkhabaran kandunganku, saat itulah Dia mengejutkanku daripada tidur nyenyakku.

Doktor mengesahkan aku salah seorang ahli keluarga CML. Seakan menerima tamparan yang amat kencang.

Demi menyelamatkan diri sendiri dan kandungan, aku memilih rawatan injection interferon untuk bertahan seketika.

Alhamdulillah interferon dpt menstabilkan WBC supaya dpt bersalin dgn normal atas izinNya.

10/12/2015, lahirlah puteri comel penyejuk mata kami sekeluarga. Sempat bf hampir 2 bulan sambil bertahan dengan interferon.

8/2/2016, terujilah jiwa raga seorang ibu dek TKI. Walaupun susu ibu adalah susu terbaik, sekarang tidak lagi untuk puteriku,susu ibu telah bertukar menjadi racun. Maafkan ibu anakku.

29/2/2016, masih lagi berjuang.

-fight for cancer free-

2013年8月26日月曜日

Tersalah cinta??

Maybe this is not the first time...

But, maybe this is the most 'mazui' fault...
May Allah ease our way...

Teringat satu pepatah..
You have gone this far,so please do not give up

But for me..
If your path was wrong,how far you had gone through,please 'modoru'!! 

But for my condition, I dont know whether i am on right track or not..

Teruskan berdoa><

2013年7月15日月曜日

Ketentuan Ilahi..

Walau sehebat mana kita merancang,

Jangan lupa Dialah yg menentukan segalanya...
'كن فيكون'

Mmg benar setiap liku hidup ini telah siap tertulis di luh mahfuz, tapi jgn lupa Allah juga memberi kita pilihan...jalan kebenaran mahupun jalan kefasikan..kita yg memilhnya

Kitalah yg mencorak kehidupan ini..
Kitalah hambaNya yg dicipta utk mengimarahkan bumi ini...


2013年3月15日金曜日

T^T

Setiap pertemuam selalu ada perpisahan~

Begitulah jua pertemuan kita
Kini sudah tiba saat untuk kita berpisah
Moga Allah kurniakan dikau nurNya

InsyaAllah akan ku semadikan kenangan kita bersama rapi di lubuk hati
Akan ku hargai sgala pemberian ikhlasmu

Andai berjodoh pasti ketemu lagi(^-^)