THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

حبل من الله حبل من الناس




Dan syaitan berkata ketika perkara hisab telah diselesaikan,"Sesunnguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yg benar,dan aku pon telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya.Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu,melainkan sekadar aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku,oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku,tetapi cercalah dirimu sendiri.Aku tidak dapat menolongmu dan kamu juga tidak dapat menolongku.Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku sejak dahulu."Sungguh orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih.

2018年5月7日月曜日

CML #2

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini.

2018 masuk tahun ke-3 perjuangan menentang CML.

April lepas ketika bertemu doktor pakar, dikhabarkan bahawa result tidak comel.

Maka, naiklah dos ubat.

Minggu pertama dengan dos baru, alhamdulillah dapat beraktiviti seperti hari-hari kebiasaannya.

Sempat juga turun padang berkempen utk PRU14.

Minggu kedua, setiap sendi teruji, setiap langkah mula perlahan. Ada shaja yang tidak kena.

Dengan muntahnya, sengal-sengal, migrain, gastrik, dan pelbagai jenis ragam lagi.

Sampaikan diri mula pertikai untuk apa hidup begini. Tidak mampu berbuat apa-apa.

Bangun keesokan hari siangnya sambil menahan sakit akibat kesan ubat yang ditelan ketika malam hari. Kemudian malam menjelma, telan lagi ubat yang sama dan terus berulang dalam loop yang sama.

Oh kerdilnya diri, hanya tahu mengeluh atas sebahagian kecil nikmat yang telah hilang.

Tidak ku sedari nikmatnya yang melimpah ruah.

Wahai diri, berhentilah mengeluh!
Wahai diri, syukurilah!
Syukurilah dengan apa yang kau masih ada.
Jangan diratapi yang telah tiada.

Wahai diri, bersabarlah!
Bersyukurlah!