Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini.
2018 masuk tahun ke-3 perjuangan menentang CML.
April lepas ketika bertemu doktor pakar, dikhabarkan bahawa result tidak comel.
Maka, naiklah dos ubat.
Minggu pertama dengan dos baru, alhamdulillah dapat beraktiviti seperti hari-hari kebiasaannya.
Sempat juga turun padang berkempen utk PRU14.
Minggu kedua, setiap sendi teruji, setiap langkah mula perlahan. Ada shaja yang tidak kena.
Dengan muntahnya, sengal-sengal, migrain, gastrik, dan pelbagai jenis ragam lagi.
Sampaikan diri mula pertikai untuk apa hidup begini. Tidak mampu berbuat apa-apa.
Bangun keesokan hari siangnya sambil menahan sakit akibat kesan ubat yang ditelan ketika malam hari. Kemudian malam menjelma, telan lagi ubat yang sama dan terus berulang dalam loop yang sama.
Oh kerdilnya diri, hanya tahu mengeluh atas sebahagian kecil nikmat yang telah hilang.
Tidak ku sedari nikmatnya yang melimpah ruah.
Wahai diri, berhentilah mengeluh!
Wahai diri, syukurilah!
Syukurilah dengan apa yang kau masih ada.
Jangan diratapi yang telah tiada.
Wahai diri, bersabarlah!
Bersyukurlah!
0 comments:
コメントを投稿