THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

حبل من الله حبل من الناس




Dan syaitan berkata ketika perkara hisab telah diselesaikan,"Sesunnguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yg benar,dan aku pon telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya.Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu,melainkan sekadar aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku,oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku,tetapi cercalah dirimu sendiri.Aku tidak dapat menolongmu dan kamu juga tidak dapat menolongku.Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku sejak dahulu."Sungguh orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih.

2018年6月8日金曜日

dah kenapa sup bunjut penuh wall ni?

bagi seorang yang kurang gemar menonton drama Melayu era kini, memang pelik la tiba2 orang seronok sembang pasai sup bunjut..

x semua drama melayu x suka tp mostly x suka.
why?

1. too many cintan cintun yg x memberi apa-apa faedah
2. sometimes ada scene yg x bagus dan memberi impak negatif dlm kehidupan secara halus
3. tidak menambah kefahaman(tiada manfaat )

tp disebabkan SUP BUNJUT, tertengoklah drama Nur ni...
komen?

1. cara yang bagus dalam membetulkan serba sedikit persepsi masyarakat.
2. mostly menangis bukan sebab jalan cerita dia sedih, tp sebab bait ayat yang dilontarkan tertusuk di jiwa.
3. jalan cerita biasa ok2, tapi mesej yang disampaikan sangat daebak.

aku juga pernah berasa diri ini hina dan jijik bila orang memandang serong tentang aku dan penyakit-penyakitku.

bayangkan walaupun aku sedar aku sakit bukan kerana aku salah, bukan aku yang berada di lorong-lorong hitam, dengan kata-kata orang yang kononnya tinggi ilmu di dada, terus mengheret aku rebah ke tanah.

kerana kata-kata itu, aku hampir-hampir memalingkan diriku daripada Nya.
kerana kata-kata itu, buat aku hampir kufur akan nikmatnya.
kerana kata-kata itu, aku hampir-hampir menyalahkan Dia.

ada saat aku meronta dihadapanNya sambil berteriak,
"kenapa aku? apa dosa aku? kenapa tidak diberi sakit ini kepada orang2 yang betul-betul mengingkari ayat-ayatMu? kenapa aku?

meronta dan berteriak seakan orang histeria mencari jawapan, sedangkan telah tertulis jawapan di dalam kitabNya. sungguh, aku yang futur di saat Kau beriku ujian.

kuatkanlah imanku menghadapi ujianMu.
terima kasih kerana Kau hadirkan mereka yang berhati mulia di sisiku sebagai petunjuk jalan menuju kepadaMu.

2018年6月7日木曜日

CML + Sakit Kronik yang lain



tak pernah ku bayang hidup ini berubah 360 darjah dengan hanya satu sample full blood count.

2015, disahkan positif mempunyai dua jenis sakit kronik( CML + ****)

alhamdulillah diri ini masih cukup bertuah,
dapat ubat percuma untuk rawatan sakit CML pada tahun 2016.

alhamdulillah sekali lagi aku bertuah, dapat ubat percuma untuk rawatan sakit **** tahun ini, 2018.

tanpa perubatan percuma, agak mustahil untuk aku sekeluarga survive sendiri.
it will cost a lot.
Rm50k per month for CML plus Rm20k per month for ****.
mana nak cari Rm70k sebulan...

moga Allah redha dan sembuhkan aku dari penyakit2 dunia ini.
moga dengan kehadiran mereka,  terhapuslah dosaku yang menggunung tinggi.

so people out there, bangkit! jangan mengalah.
keadaan diri kita bukanlah yang paling teruk.
banyak lagi yang teruk daripada kita tapi still tidak putus asa.

put all your faith onto Him.
do pray a lot.
chaiyok!!

2018年5月7日月曜日

CML #2

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini.

2018 masuk tahun ke-3 perjuangan menentang CML.

April lepas ketika bertemu doktor pakar, dikhabarkan bahawa result tidak comel.

Maka, naiklah dos ubat.

Minggu pertama dengan dos baru, alhamdulillah dapat beraktiviti seperti hari-hari kebiasaannya.

Sempat juga turun padang berkempen utk PRU14.

Minggu kedua, setiap sendi teruji, setiap langkah mula perlahan. Ada shaja yang tidak kena.

Dengan muntahnya, sengal-sengal, migrain, gastrik, dan pelbagai jenis ragam lagi.

Sampaikan diri mula pertikai untuk apa hidup begini. Tidak mampu berbuat apa-apa.

Bangun keesokan hari siangnya sambil menahan sakit akibat kesan ubat yang ditelan ketika malam hari. Kemudian malam menjelma, telan lagi ubat yang sama dan terus berulang dalam loop yang sama.

Oh kerdilnya diri, hanya tahu mengeluh atas sebahagian kecil nikmat yang telah hilang.

Tidak ku sedari nikmatnya yang melimpah ruah.

Wahai diri, berhentilah mengeluh!
Wahai diri, syukurilah!
Syukurilah dengan apa yang kau masih ada.
Jangan diratapi yang telah tiada.

Wahai diri, bersabarlah!
Bersyukurlah!

2016年2月29日月曜日

CML?

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Saat aku enak diulit nikmat bahagia atas perkhabaran kandunganku, saat itulah Dia mengejutkanku daripada tidur nyenyakku.

Doktor mengesahkan aku salah seorang ahli keluarga CML. Seakan menerima tamparan yang amat kencang.

Demi menyelamatkan diri sendiri dan kandungan, aku memilih rawatan injection interferon untuk bertahan seketika.

Alhamdulillah interferon dpt menstabilkan WBC supaya dpt bersalin dgn normal atas izinNya.

10/12/2015, lahirlah puteri comel penyejuk mata kami sekeluarga. Sempat bf hampir 2 bulan sambil bertahan dengan interferon.

8/2/2016, terujilah jiwa raga seorang ibu dek TKI. Walaupun susu ibu adalah susu terbaik, sekarang tidak lagi untuk puteriku,susu ibu telah bertukar menjadi racun. Maafkan ibu anakku.

29/2/2016, masih lagi berjuang.

-fight for cancer free-

2013年8月26日月曜日

Tersalah cinta??

Maybe this is not the first time...

But, maybe this is the most 'mazui' fault...
May Allah ease our way...

Teringat satu pepatah..
You have gone this far,so please do not give up

But for me..
If your path was wrong,how far you had gone through,please 'modoru'!! 

But for my condition, I dont know whether i am on right track or not..

Teruskan berdoa><

2013年7月15日月曜日

Ketentuan Ilahi..

Walau sehebat mana kita merancang,

Jangan lupa Dialah yg menentukan segalanya...
'كن فيكون'

Mmg benar setiap liku hidup ini telah siap tertulis di luh mahfuz, tapi jgn lupa Allah juga memberi kita pilihan...jalan kebenaran mahupun jalan kefasikan..kita yg memilhnya

Kitalah yg mencorak kehidupan ini..
Kitalah hambaNya yg dicipta utk mengimarahkan bumi ini...


2013年3月15日金曜日

T^T

Setiap pertemuam selalu ada perpisahan~

Begitulah jua pertemuan kita
Kini sudah tiba saat untuk kita berpisah
Moga Allah kurniakan dikau nurNya

InsyaAllah akan ku semadikan kenangan kita bersama rapi di lubuk hati
Akan ku hargai sgala pemberian ikhlasmu

Andai berjodoh pasti ketemu lagi(^-^)


2013年1月14日月曜日

<3

There is no other words
Only I Love You

But I know
We can't fall in love

I will keep those word
These feeling deep inside my heart

I know one day this feeling will be gone
Because this is me
Only my love towards Allah and my family will everlasting



2013年1月8日火曜日

Hati2 dgn hati

Ini bukan kali pertama
Hati ini memilih hati yg salah
Hati ini sering menafikan sang hati yg sudi
Hati ini sering memilih pemilik hati yg x mampu ku miliki

Salahkah hati ini?
Pandulah hati ini ke jalan yg benar
Jalan yg Engkau redhai Ya Allah><

2012年12月21日金曜日

x terungkap~

ALLAHUAKBAR
Allah Maha Besar

Astaghfirullahal`azim
LAkhaulawalaquwataillabillah

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,Maha Melihat,Maha Mendengar
YA ALLAH
andai inilah ujian yang setimpal untuk mengejutkan aku daripada kelalaian dunia
Engkau berilah aku ketabahan dan kekuatan untuk menghadapinya


YA ALLAH
Sesungguhnya aku tahu Engkau tahu rasa sakit yang aku rasakan sekarang
rasa sakitnya lebih pedih berbanding rasa sakit sewaktu ditinggalkan oleh org yg pernah aku sayang

rasa sakit ini...
sakit yang x bisa aku nyatakan

moga rasa sakit ini menghapus segala egoku
moga sakit ini mampu menjadikan aku insan yg baik

-21122012-

2012年9月21日金曜日

rekaan x semata-mata

Pada suatu petang yg memenatkan....

``****bou dah siap x kerja yg sy bt tuh?``

``dah siap dah...``

``ce email sikit..``

sambil `cekgu yg comel` itu mengecheck sotsuron `anak muridnya`,dia membebel-bebel

kemudian...........

``awk ada yaruki x neh?``

dgn selambenye ank muridnya yg x mendengar pertanyaan itu menjawab
``arimasen``

apa lagi,maka mengamuklah cekgu yg comel itu.........

anak muridnya yg masih blur disebabkan sudah terlampau penat kemudiannya dgn secara x sengaja tertawa kecil

maka bertambahlah kemarahan cekgu tersebut
``awak tahu x sy tgh marah ney??``

saambil tertawa kecil ank murid menjawab,
``hehe tahu....``

maka bertambah-tambahlah tekanan cekgu tersebut sehingga dia juga turut tertawa dan terus merajuk..

kemudian ank muridnya yg sudah tidak mampu menghandle situasi tersebut dgn selambanya
``saya nak balik boleh?``

cikgu berkata,``x boleh!! awak balik pukul 9 mlm,duduk sini dgn sy!!``

ank murid terus merajuk kerana dia kononnya sudah punya yotei..

dia terus memasamkan muka dan terus melihat-lihat ke arah jam dinding..

cikgu yg comel lagi baik hati itu tidak smpai hati membenarkan ank murid itu pulang tp dgn syarat ank murid itu kena submit 10 ketul kadai pada keesokan harinya.....................

-hari berikutnya-

ank murid dan cekgunya yg comel ada kelas pd pg tersebut seawal jam 8.40 pagi

disebabkan arah rumah mereka sama,maka bertembunglah di jalanan,

tetapi kerana ank muridnya memutuskan utk merajuk,maka dia x menooleh ke arah cekgu comel tersebut

cekgu comel itu juga rupa-rupanya merajuk..

maka risaulah kwn-kwn mereka

``****san daijobu ke semalam? mcm teruk ja...``
bertanyalah salah seorang kwn mereka kpd ank murid itu

``ahaha,daijobu ja kot,biasalah...``

pada waktu rehat tgh hari, ank murid pulang ke labnya, selepas selesai menunaikan kewajipannya dia pon bersiap-siap utk ke kelas..

tiba2!!

cekgunya yg comel menunggu dia..

cekgu gy comel itu berkata
``jom g kelas sama2...``

maka x jadilah ank muridnya merajuk.......

mereka pon berjalan sama-sama ke kelas


2012年9月18日火曜日

Tekanan tahap 2

:::::tekanan tahap 2:::::

Minna chikazkanaide!!!!
doite!!!
Ttoiukimochiokmotteimassss~

yarukiarunoha shinushikanai!!
Tteiukotobawotsutaitai~

Ijyou:)
May Allah protect me from evils
May Allah bless my life

2012年8月7日火曜日

manis pahit kehidupan~

seberat mana pon beban yg kita sedang tanggung... pasti ada lagi insan yg menanggung beban yg lebih berat
Allah beri ujian kepada hamba-hambaNya ikut kemampuan masing2 kan:)


aku yg masih hidup dalam dunia khayalanku sendiri...
terkadang x bisa utk aku luahkan perasaan ini..
hanya Allah yang Maha Tahu

moga aku tidak terus hanyut dengan mainan khayalanku sendiri
huhu...
moga cepat2 lah aku berpijak di bumi yg nyata

menyayangi seseorang yg asing perasaannya juga asing
disayangi oleh seseorang yg asing juga terasa sangatlah asing
moga2 perasaan asing ini cuma satu ilusi
ilusi mimpi
yang x kan tercapai^-^

ramadhan kali ini terasa pendekk sangat........
masa terasa seakan-akan laju ja berlalu..
selaju shinkansen
moga aku dan seluruh umat Islam termasuk orang yg mendapat untung dalam bulan ney insyaALLAH

hujung bulan ney akan ada something `big` dlm hidup aku
moga Allah permudahkan segalanya buat aku
ameeen^.^




2012年5月13日日曜日

struggling towards something

 melupakan masa silam yg kelam
 mencari masa depan yang masih samar

terkadang aku lelah
terkadang aku buntu
tidak tahu hendak ke mana

namun,dalam kelelahan itu
alhamdulillah
aku masih punya ALLAH
hanya kepada DIA tempat aku kembali

walau jauh mana pon kita sesat,
jangan lupa jalan pulang kita yg satu

2012年4月10日火曜日

頭が下がります

`頭が下がります`
satu ayat yang keluar daripada mulut sensei semalam time meeting
ayat yang sangat tajam,memanah tepat ke jantung
membuatkan mata aku celik secelik-celiknya
aku di sini bukan untuk main-main,bersuka ria
tapi aku punya misi yang harus aku selesaikan
aku harus menggalas amanah ini dgn sebaik mungkin
aku x mahu menjadi individu yang menyumbang ke arah kejatuhan agamaku
aku akan buktikan
umat ISLAM itu kuat!!!

2012年4月8日日曜日

後一年間

syukur alhamdulillah
berakhir sudah satu tahun pengajianku di bumi sakura ini
aku tidak punya banyak masa
moga sisa-sisa masa yang masih berbaki ini mampu aku gunakan dgn sebaik dan semaksima mungkin
kini aku sudah bersedia,bersedia untuk lelah di dunia
agar...
aku kelak dapat berehat dgn selesanya di akhirat sana
itulah cita-citaku
aku hidup untuk mati
terima kasih Allah
atas cinta yang Engkau kurniakan kepadaku
cinta yang kini mekar semekar bunga sakura di bumi sakura
<3<3<3

2012年2月12日日曜日

rahsia yang paling dalam..

rahsia yang x kan bisa dimengerti oleh sesiapa
manusia
makhluk ciptaan ALLAH yang punyai kelebihan yang amat sangat yakni
akal
walau berakal kita,jika x diuruskan dgn iman pastinya akan kecundang jua
menghilang dalam realiti duniawi
begitulah jua aku kini
aku juga seorang manusia
terkadang aku ceria terkadang tetiba aku seakan-akan tidak berpijak di bumi yang nyata
kadang-kadang aku juga takut dengan diri sendiri
aku yang mudah ceria dan juga cepat berduka
mudah tertawa dan mudah mengalirkan air mata
aku takut suatu saat aku juga akan hanyut seperti mereka
nauzubillah
wallahualam
aku juga masih tercari-cari siapa aku

2012年2月9日木曜日

sekuntum mawar merah

mahu buang sifat jahat,busuk,negatif jauh2...
sebab..........

dah x nak marah2 lagi, dah x nak degil2 lagi,

i will behave myself ok
\(^o^)/
()()

2012年1月28日土曜日

Ya Allah kenapa berat sangat ujian yang Engkau bebankan ke atas aku neh??

Jawapannya:

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah al-Baqarah: 286-

2012年1月22日日曜日

akan ku kotakan janjiku itu insyaAllah

teringat ku teringat
pada janjimu ku terikat
hanya sekejap ku berdiri
kulakukan sepenuh hati
peduli ku peduli
siang dan malam yang berganti